Tuesday, June 8, 2010

Perjumpaan ke- 8

Rabu
12 Mei 2010
2.15 ~ 3.30

Aktiviti: F1 :
F2 :latihan XPDC
F3 :Latihan XPDC
F4 :
F5 :Obstacle training


Perjumpaan ke- 7

Sabtu
8 MEI 2010
2.15 - 3.30 petang

Aktiviti : f1 -
f2 - latihan XPDC
f3 - latihan XPDC
f4 - survival cooking.obstacle training
f5 - perjumpaan batch,survival cooking

Perjumpaan ke- 6

Rabu
14 April 2010
2.15 - 3.30 petang

Aktiviti : f1 -
f2 - latihan XPDC
f3 - latihan XPDC
f4 - perjumpaan wafdul amin
f5 - gotong royong, perjumpaan batch

Perjumpaan ke- 5

Sabtu : 3 April 2010

Sesi 1
Kawad
8.30 - 10.00

Sesi 2
10.30 - 12.00
Kemahiran : Perkhemahan
Aktiviti : f1 - taklimat kem asas
f2 - latihan XPDC
f3 - latihan XPDC
f4 - wafdul amin
f5 - bina khemah

misi dan visi SMIAAG



Misi

-menjadi institusi pendidikan islam bersepadu yang terpilih.


Visi
-membentuk pelajar soleh wa musleh melalui sistem pendidikan bersepadu.

ikrar SYABAB



Sesungguhnya kami, anggota syabab dan fatayat Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, berikrar akan mengabdikan seluruh kehidupan kami kepada Allah,
mengenal diri sendiri, mempunyai semangat perikemanusiaan,
mematuhi undang-undang, demi menegakkan deenul islam.

Carta Organisasi MASYAB 2010

Guru Penasihat:
Ustazah Sapinah Hamzah

Ketua Pergerakan I :
Ahmad Fawwaz Zuhaili Abdul Rahim
Ketua Pergerakan II :
Khalilah Alhuda Kamilen

Timbalan Ketua Pergerakan I :
Mohd Fitri Masaan
Timabalan Ketua Pergerakan II :
Aqila Dashuki

Setiausaha I :
Muhd Syafiq Fauzan
Setiausaha II :
Xephora Sarah AzZahra Shahadat Edid Bey

Bendahari I :
Nik Muhammad Aiman Nordin
Bendahari II :
Syaza Mohamed Nizam

Biro Aktiviti :
Luqman Hakimi
Khalidah Alhusna Kamilen

Biro Disiplin :
Amir Mohsein Gazali
Adibah Bahiah Awang

Biro Logistik :
Ahmad Ameer Roslan
Nurul Jamilah Mohd Ali

Biro Buku Log :
Muhd Khairul Iman
Nur Hidayah Redzwan

Biro Informasi :
Iskandar Zulqarnain Idris Sapawi
Farhana Hassan

Kadet Pertahanan Awam :
Omar Ahsan Islahi Roslee

Kadet Polis :
As-Syukri Rosli

Kadet Remaja Sekolah :
Baginda Usamah Baginda Bakhtiar

Kadet Puteri Islam :
Anis Farhanah Zul

Carta Organisasi Guru

Ketua Jabatan :
Pn Sapinah Hamzah

Setiausaha :
Pn Tuan Rosmaliza

Bendahari :
Cik Nik Wan Nurnajmah Wan Ramli


Kadet Puteri Islam :

Cik Nik Wan Nurnajmah Wan Ramli

Pn Sapinah Hamzah


Kadet Pertahanan Awam :

Us Mohd Firdaus Mohd Disa

Pn Nor Hadijah


Kadet Remaja Sekolah :

Pn Yusmerda Mohd Yusoff


Kadet Polis :

Pn Tuan Rosmaliza

Cik Saidatol Akma Mohd Yunus

lagu KAPA




SENTIASA SIAP SEDIA


marilah kita semua
berganding bahu menggembleng tenaga
berbakti dalam pertahanan awam
untuk bangsa kita

padukan jiwa dan raga
sedia berkorban apa saja
memberi dengan ikhlas khidmat mulia
negara tercinta

Malaysia bumi yang bertuah
kami sungguh bangga menjadi warga setia
penuh hasrat dan tekad bersama
sedia berkorban untuk keselamatan rakyatnya

kita sentiasa bersedia
menjunjung wawasan semua
ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia Jaya

maksud logo KAPA

konsep reka bentuk
gabungan lambang Pertahanan Awam antarabangsa dan tempatan

segitiga sama jingga, corak warna dan lambang malaysia
-lambang warna dan keselamatan
-waspada dan bersedia menghadapi kemungkinan
-negara yang dipertahankan

sentiasa siap sedia sekeliling segitiga
moto angkatan pertahanan awam yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan

bunga padi hijau muda
kesuburan & kemakmuran negara yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh sebagaimana ikatan bunga padi yang kemas

skrol pertahanan awam malaysia
berwarna oren yang mengandungi perkataan Pertahanan Awam Malaysia melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi JPA3 mendukung wawasan yang diharapkan.

*logo ini digunakan sebagai 'crest' pada pakaian seragam, kenderaan, perjabat, tempat latihan dan sebagainya.

slogan KAPA

:: dari rakyat untuk rakyat
:: 991 khidmat kami untuk anda
:: kami sentiasa siap sedia
:: kami adalah kawan untuk semua

motto dan nilai teras KAPA

MOTTO
SENTIASA SIAP SEDIA

NILAI TERAS
:: Cekap dan Tepat
:: Berdisiplin dan Bertanggungjawab
:: Kerja Berpasukan
:: Berkhidmat Dengan Ikhlas

fungsi KAPA

Menubuh, mengurus dan menyenggara Angkatan Pertahanan Awam.

Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan Bencana dan Kecemasan kepada orang awam.

Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.

Menyedia, mengurus dan menyenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.

Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.

objektif KAPA

Untuk mengadakan langkah-langkah pertahanan awam dan khidmat bantuan kecemasan bagi mengurangkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh tindakan musuh atau bencana demi mewujudkan keselamatan yang menjaminkan kesejahteraan untuk pembangunan negara yang berterusan.

misi dan visi KAPA

VISI
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.

MISI
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

Maksud KAPA

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Sejarah KAPA

SEJARAH Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) melangkau tempoh 70 tahun apabila dimulakan Kerajaan British pada 1939 sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua sebelum Ordinan Pertahanan Awam digubal menjadi undang-undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu pada 1951.

Pada hari ini 06.09.1952, Bangunan Jabatan Pertahanan Awam di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Jeneral Sir Gerald Templer. Bangunan itu dirasmikan berikutan penubuhan Jabatan Pertahanan Awam pada 24 Mac 1952 di bawah Ordinan Pertahanan Awam No. 28 tahun 1952.
Setahun kemudian, Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan ordinan, manakala pada 1957, Ordinan Pertahanan Awam 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan negara.

Fungsi Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sehingga diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia - Indonesia pada 1964.

Tahun berikutnya, jumlah keanggotaan ditambah menjadi 36,000 orang dengan 37 cawangan, selain kelengkapan logistik terbaru dan pada 1970 pula, satu kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat berikutan bencana banjir besar yang melanda.

Bagi membolehkan anggotanya berfungsi dengan lebih meluas, Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda pada 1972 yang membolehkan jabatan itu melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.

Antara peristiwa penting membabitkan penggunaan tenaga anggota jabatan terbabit ialah tragedi Highlands Towers runtuh pada 1993 yang membawa kepada pengenalan nama ringkasnya sebagai JPA3 pada 1994 untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.

Tahun lalu, JPA3 memperkenalkan slogan `Sedia, Pantas dan Berintegriti' - sebagai pemangkin yang menjadikan JPA3 ditadbir di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) sejak 2004 sebagai sebuah jabatan yang unggul.

Selaras fungsinya membantu menjaga negara dalam masa aman, peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil langkah menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam, JPA3 sememangnya amat penting kepada negara.

Dengan uniform yang segak, pasukan itu semakin mendapat perhatian masyarakat, terutama golongan muda yang mula menyertainya, sama ada secara sepenuh masa atau sebagai sukarelawan.
Selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, khidmat JPA3 bukan saja masih diperlukan, malah semakin penting.
Pada masa ini, katanya, jumlah keanggotaan tetap dan sukarelawan JPA3 mencecah kira-kira 58,000 orang, tetapi masih tidak mencukupi untuk digerakkan sepenuhnya bagi membantu negara berdepan ancaman seperti banjir.